JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini mengeluarkan fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, para ulama daripada empat mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali, telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.
"Upacara ritual keagamaan bukan Islam ini termasuklah di rumah ibadat mahupun di tempat lain yang biasa dilaksanakan ritual tersebut.
"Bagaimanapun, menurut sebilangan ulama hukum meraikan undangan atau jemputan ke majlis sempena perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual keagamaan adalah harus dan dibenarkan," kata beliau kepada pemberita di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.
Mohd Fared berkata dengan fatwa ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada umat Islam negeri ini yang segelintirnya sudah menjadi kebiasaan menyantuni kaum lain dalam usaha mengekalkan keharmonian antara kaum.
Dalam masa sama, beliau berkata satu garis panduan dan kriteria juga dikeluarkan bagi menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh umat Islam.
"Antaranya, majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara yang bertentangan akidah Islam dan terdapat perbuatan seperti menyertakan simbol agama atau menyanyikan lagu bercirikan agama," katanya.
Selain itu, beliau berkata majlis tersebut juga tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam seperti ucapan yang menghina dan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
Justeru, Mohd Fared menerusi MAINJ akan bertemu dengan ketua keagamaan serta pengurus rumah ibadah bukan Islam bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai garis panduan itu.
"Larangan ini tidak bermaksud untuk menganggu keharmonian antara kaum, tapi sekadar memberi nasihat serta panduan agar pemimpin masyarakat berhati-hati dalam menyatakan kebersamaan dan tidak melanggar batas-batas tertentu," kata Mohd Fared.
Menurutnya individu yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Mohd Fared Mohd Khalid berkata, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail BERNAMA
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Masyarakat perlu hormati fatwa larang umat Islam sertai ritual keagamaan bukan Islam
"Ini garis panduan khusus buat orang Islam. Ia tidak bercanggah dengan semangat perpaduan dan bangsa Johor (kerana) kita hidup dalam masyarakat majmuk."
MAINJ keluar fatwa larangan orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam
Empat mazhab telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.